Anwar Atau Muhyiddin? Ini Cabaran Ekonomi Yang Menanti PM Ke-10

376

‘Siapa menang sekali pun bakal berdepan cabaran besar dalam membawa Malaysia harungi kemelut ekonomi ini.’

Tatkala ini Malaysia memasuki hari ke-4 dalam fasa Parlimen digantung selepas Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau Barisan National (BN) gagal memenangi majoriti kerusi untuk membentuk kerajaan.

Namun tidak kira parti gabungan mana yang membentuk kerajaan kelak, para penganalisis pasaran menggariskan beberapa cabaran yang bakal dihadapi dalam membawa negara tempuhi waktu‘depresi ekonomi’.

Teliti cabaran ekonomi bakal Perdana Menteri dan kerajaan baru Malaysia di bawah.

  1. Menggubal Bajet 2023

Sebaik kerajaan baru dibentuk, antara agenda utama adalah menggubal Belanjawan 2023 dengan RHB Investment Bank (RHB IB) mengatakan keputusan pilihan raya telah mewujudkan ketidaktentuan.

Ulasnya bahawa pembentangan yang dibuat pada 7 Oktober lalu akan terbatal dan memerlukan pembentangan semula pada Disember oleh ahli Kabinet baharu.

Turut menyokong asas tersebut adalah Shankaran Nambir, penyelidik kanan Institusi Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mengatakan kerajaan baru perlu ‘menggubal Bajet 2023’.

  1. Lonjakan harga dan penyusutan kuasa membeli

Antara faktor yang akan diteliti dalam menggubal belanjawan tentunya isu lonjakan harga dan penyusutan kuasa beli pengguna disebabkan oleh inflasi.

Menurut data Bank Negara Malaysia (BNM), inflasi negara memuncak pada 4.5% pada suku ke-3.

Isu inflasi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah menjadi kemelut di seluruh dunia sehingga memaksa bank-bank pusat menaikkan kadar faedah.

  1. Penurunan nilai Ringgit berbanding dolar

Rentetan kenaikan kadar faedah, terutamanya Federal Reserve Amerika Syarikat (Fed), ia telah menyebabkan nilai greeback mengukuh dan secara tidak langsung menekan jatuh Ringgit negara.

Setakat ini Fed telah melaksanakan kenaikan 3/4 mata untuk 4 mesyuarat berturut-turut sementara BNM hanya melaksanakan kenaikan 0.25% sebanyak 4 kali.

  1. Prospek kemelesetan tahun 2023

Tidak dilupakan juga dengan gambaran masa depan yang kelam dengan pelbagai isu timbul untuk menahan pertumbuhan ekonomi negara dan global.

Antara yang hangat pasti kemungkinan dunia memasuki kemelesetan seperti yang dijangkakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), sungguhpun BNM ada mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia diunjurkan selamat.

Ijmalnya, tidak kira gabungan mana yang bakal meneraju negara Nambir menekankan dasar mesra perniagaan (business-friendly) dan keterbukaan pelaburan langsung asing (FDI) yang diamalkan adalah penting.

Jelasnya, mana-mana kerajaan perlu mesra perniagaan dan sebagai ekonomi kecil yang didorong pertumbuhan berorientasikan eskport serta FDI maka penting juga memberi tindak balas terhadap permintaan pelabur asing.

Turut memberi pandangan adalah ketua penyelidikan MIDF, Imran Yusof dengan mengatakan aliran masuk FDI tidak bergantung kepada parti politik tetapi sebaliknya dasar kerajaan sebagai sebuah insitusi yang menerajui negara.

Tambahnya bahawa ‘kestabilan dasar adalah penting’ walau siapa pun yang menerajui kementerian perdagangan dan industri antarabangsa kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat