Apa Benda Nreal Ni Sampai Alibaba Sanggup Labur $60 Juta?

699

‘China steady je labur $60 juta nak masuk metaverse, dekat Malaysia nak beli laptop RM800 pun kena jual gelang emas kakak.’

Alibaba mengetuai kumpulan pelaburan yang melabur $60 juta bagi pembuatan cermin mata realiti tambahan (Augmented Reality atau AR) kepada syarikat teknologi baru, Nreal, sebagai langkah persediaan memasuki metaverse.

Nreal sedang mengusahakan 2 teknologi cermin mata AR yang diberi nama ‘Light‘ dan ‘Air‘, yang membolehkan pengguna mengakses permainan atau filem daripada janaan imej digital ke dunia sebenar.

Umum mengetahui bahawa penggunaan teknologi AR memainkan peranan penting bagi mengakses dunia metaverse yang dipopularkan oleh sebuah syarikat barat, Meta Platforms Inc.

Dikatakan gergasi teknologi China seperti Tencent sehingga ke Alibaba sedang berlumba-lumba untuk mengaplikasikan metaverse ke dalam perniagaan mereka.

Ekoran daripada itu, Nreal yang sedang berusaha merealisasikan rancangan metaverse di China, memerlukan dana sebanyak $60 juta bagi tujuan penyelidikan, pembangunan dan mempercepatkan pengembangannya ke pasaran baru pada tahun ini.

Sebagai pengetahuan, Nreal telah menjual produknya di beberapa pasaran termasuk Korea Selatan, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan CNBC, rancangan syarikat yang berpengkalan di Beijing itu telah menarik perhatian ramai pelabur berprofil tinggi.

Antaranya, Nreal mendedahkan pada September lalu bahawa ia menerima pembiayaan $100 juta dari Nio Capital, cabang pelaburan pembuat kereta elektrik Nio dan firma modal, Sequoia Capital China.

Walau bagaimanapun, Nreal tidak mendedahkan nilai semasa selepas pelaburan Alibaba, namun berdasarkan nilai sebelumnya, syarikat itu mungkin sudah mengumpul $700 juta.

Selain itu, Kuaishou dan iQiyi turut dilihat melabur ke dalam rancangan Nreal tersebut.

Dalam pada itu, pelaburan Alibaba ke dalam Nreal membayangkan kerjasama antara kedua-dua syarikat dalam urusan usaha sama, seperti kerjasama Nreal dan Nio yang mengeluarkan cermin mata AR untuk kereta eletrik pada tahun lepas.

Pelaburan oleh Alibaba tersebut dilihat dibuat semasa pengawal selia China sedang meneliti amalan perniagaan gergasi teknologi di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat