Apa Benda ‘The Merge’ Sampai Pelabur Kripto Kecoh Satu Dunia Ni?

1,511

‘Proses ini akan membawa lembaran baru kepada dunia kripto blockchain.’

Tarikh 15 September 2022 mengukir sejarah buat peminat kripto apabila Ethereum (ETH) bertransisi dari proof-of-work (PoW) ke proof-of-stake (PoS), juga dikenali sebagai The Merge.

Namun, apa sebenarnya The Merge ataupun kelebihan peralihan tersebut kepada ETH sehingga menjadi sorotan utama warga dunia kripto?

Ikuti ringkasan The Merge di bawah supaya pelabur tidak ketinggalan.

Apa Itu The Merge?

  • Penukaran sistem penjanaan ETH, yang kuat tenaga, melalui PoW kepada pengabungan bersama layer sistem PoS yang dikenali sebagai Beacon Chain.
  • Ia akan menggantikan fungsi pelombong (miners) dalam transaksi urus niaga dan membolehkan pelabur deposit atau ‘staking’ ETH secara terus.
  • Ini bermakna rangkaian ETH akan menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 99% dan memberi skalabiliti, keselamatan dan kemampanan lebih baik.
  • Maka, mainnet ETH (PoW) dan Beacon Chain (PoS) akan bergerak serentak dan akhirnya bergabung (The Merge).

Siapa Mengurus The Merge?

  • Sejumlah pengguna yang staking 32 ETH akan menjadi pengesah individu (validators) terhadap Ethereum Beacon Chain.
  • Tugasan validators adalah untuk mencipta blok dan mengesahkan transaksi blok yang dibuat dalam rangkaian.
  • Terdapat juga pilihan staking lain, termasuk kumpulan atau individu yang deposit jumlah kecil, untuk memainkan peranan dalam mekanisme rangkaian baru tersebut.
  • Buat masa ini terdapat sejumlah 426,000 validators dan hampir 80,000 pendeposit.

Adakah Terdapat Fork ETH Selepas The Merge?

  • Token ETH dari ekosistem Ethereum akan kekal selepas The Merge dan blockchain baru yang dikuasaikan PoS juga akan menggunakan ETH.
  • Ini mencadangkan rangkaian PoW Ethereum (ETHPOW) boleh menghentikan fork penciptaan token ETHW.

Apa Yang Pelabur Perlu Buat Selepas The Merge?

  • Pengguna dan pemegang ETH tidak perlu risau kerana The Merge tidak akan menyebabkan sebarang perubahan pada wallet.
  • Segala dana dalam wallet masih boleh diakses dan selamat dalam sejarah blockchain.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat