Apa Cerita Bursa ‘Pancit’ Awal Pagi Ini?

133

Aktiviti profit-taking dilihat mencemari beberapa saham wajaran tinggi terpilih untuk berundur daripada pembukaan positif dengan sentimen kebimbangan berterusan.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 1.03 mata pada 1,383.50 sebelum menurun 0.19 mata pada 1,382.28 berbanding penutupan Jumaat 1,382.47.

Di pasaran meluas, kerugian pada 249 atasi keuntungan pada 126, manakala 227 kaunter pula tidak berubah, 1,743 tidak didagangkan dan 17 digantung.

Jumlah perolehan pada 200.65 juta unit bernilai RM100.4 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, KLCI dilihat mencerminkan aktiviti profit-taking pada Wall Street dengan saham teknologi dijangka mengalami penurunan dan penjualan dijangka berterusan pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 4 sen pada RM8.49, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd tambah 2 sen pada RM4.22 dan RM5.32 sementara Petronas Chemicals Group Bhd susut 10 sen pada RM8.45 dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM5.72.

Saham aktif memperlihatkan Sunview Group Bhd capai 22.5 sen pada 51.5 sen dan Top Glove Corp Bhd maju 1.5 sen pada 70.5 sen sementara Sapura Energy Bhd kekal 4 sen dan Artroniq Bhd turun 3.5 sen pada 61 sen.

Di papan indeks, FBM Emas susut 12.78 mata pada 9,845.54, FBM 70 turun 50.97 mata pada 11,853.73, FBMT 100 jatuh 10.72 mata pada 9,596.74, FBM Emas Shariah junam 37.41 mata pada 9,817.38 dan FBM ACE kurang 26.74 mata pada 4,625.36.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan naik 32.59 mata pada 15,906.07, indeks Produk serta Perkhidmatan turun 1.31 mata pada 168.57, indeks Perladangan susut 1.66 mata pada 6,420.21 dan indeks Tenaga jatuh 4.10 mata pada 664.59.

Sementara itu, ringgit menyusut lagi ke paras terendah baru berbanding dolar ekoran peningkatan permintaan terhadap greenback.

Semasa pembukaan, mata wang tempatan diniagakan susut 4.7105/7135 berbanding greenback daripada penutupan Jumaat pada 4.7025/7065.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat