Apa Cerita ByteDance Sekarang?

319

Menurut sebuah sumber, China ByteDance sedang dalam perbincangan untuk membeli syarikat penerbitan permainan mudah alih CMGE Technology Group Ltd bertujuan untuk memperkukuh pertumbuhan syarikat itu.

Namun, jurucakap GMGE mendedahkan bahawa mereka tidak mengadakan sebarang perbincangan bagi menjual sahamnya kepada ByteDance manakala mengatakan bahawa mereka telah mengadakan perbincangan bersama tetapi tidak berminat untuk membeli syarikat permainan berkenaan.

Selain itu, ByteDance didakwa merancang untuk membeli sebahagian atau keseluruhan 27.6% saham CMGE yang dipegang oleh Fairview Ridge Investment Ltd, yang dikendalikan oleh pengerusi CMGE, Xiao Jian dan naib pengerusi, Sin Hendrick.

Hal ini didorong oleh industri permainan yang mendapat manfaat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang memaksa orang tinggal di rumah sekali gus meningkatkan muat turun permainan.

Di samping itu, ByteDance ingin menawarkan HK $ 4 hingga HK $ 5 sesaham untuk membeli saham tersebut.

Berikutan dengan berita itu, saham CMGE telah mencatatkan peningkatan sebanyak 21% kepada HK $ 3.75 dalam sesi dagangan petang hari ini iaitu paras tertinggi sejak pertengahan Oktober, sebelum ditutup 1%.

Untuk pengetahuan semua, ByteDance yang kini berusia 8 tahun telah mengenal pasti sektor permainan sebagai medium pertumbuhan strategiknya yang seterusnya dan telah mencari peluang pelaburan selama berbulan-bulan untuk membangun portfolio permainannya.

Oleh yang demikian, pemimpin pasaran Tencent Holdings Ltd mencadangkan pemerolehan Leyou Technologies Holdings Ltd yang bernilai $ 1.5 bilion dolar pada bulan Ogos dan kini, menjadikan CMGE sebagai sasaran ByteDance.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat