Apa Cerita GBP/USD Melonjak Sampai 200 Pips?

784

Sekali lagi mengejutkan pasaran pada minggu ini, Pound Sterling kembali melonjak pada dagangan Khamis semalam selepas penurunan ketara pada hari sebelumnya.

Pada Rabu, perkembangan rundingan Brexit yang pasif telah menunjukkan reaksi negatif pelabur terhadap mata wang Pound Sterling dengan penurunan harga dipamerkan pada carta pasangan GBP/USD sekitar 150 pips.

Namun, lebih mengejutkan pelabur apabila penurunan harga tersebut tidak diteruskan sebaliknya harga telah melonjak pada keesokannya dengan kenaikan harian mencecah lebih 200 pips!

Faktor yang kembali menyokong lonjakan semula Pound adalah laporan Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier yang menyatakan UK telah mengurangkan tuntutan kawasan tangkapan di perairan selepas Brexit.

Hal ini telah menjernihkan kekeruhan rundingan sebelum ini di mana isu tersebut menjadi penghalang persetujuan rundingan dicapai.

Harga yang menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.33000 telah membuat kenaikan semula melepasi paras resistance 1.34400 sehingga mencapai paras ketinggian pada 1.35000.

Paras ketinggian yang dicapai tersebut juga adalah tertinggi sejak Disember 2019.

Namun harga menutup dagangan pada sesi New York lebih rendah semula sekitar 1.34500 selepas penurunan sekitar 60 pips.

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia sementara pelabur menantikan data tumpuan utama pada minggu ini iaitu laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di sesi New York.

Jika harga meneruskan kenaikan semula, paras resistance 1.35000 akan kembali diuji dan jika paras ketinggian tersebut juga berjaya ditembusi, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak Mei 2018.

Namun jika harga kembali menjunam semula, zon tumpuan harga dilihat pada 1.34000 sebelum penurunan lebih rendah yang diteruskan akan kembali semula menguji zon RBS 1.33000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat