Apa Cerita NZD/USD Melonjak Di Sesi Asia?

305

Dolar New Zealand pamerkan lonjakan pada sesi Asia pagi Rabu susulan pengumuman keputusan mesyuarat polisi monetari oleh bank pusat New Zealand.

Meneliti keputusan mesyuarat, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) masih mengekalkan kadar faedah tidak berubah seperti yang dijangkakan oleh pasaran.

Jawatankuasa mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan polisi semasa yang dilihat menyokong pemulihan ekonomi New Zealand. Negara tersebut juga dilihat antara yang terpantas berjaya mengawal krisis pandemik Covid-19.

Keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi New Zealand di masa hadapan akan terus menyokong pengukuhan mata wang Kiwi dalam pasaran.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang NZD/USD, harga bergerak di atas paras 0.74000 pada awal minggu ini dengan paras 0.73400 menjadi rintangan harga.

Namun pada sesi Asia pagi ini, harga menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum meneruskan kenaikan melepasi rintangan 0.73400 susulan keputusan mesyuarat RBNZ.

Selepas mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 0.73800, harga mula perlahan semula menuju ke pembukaan sesi pasaran Eropah. Paras tersebut juga adalah yang tertinggi dicapai sejak April 2018.

Kenaikan harga dijangka akan diteruskan pada sesi-sesi berikutnya menuju paras 0.74000 malah berkemungkinan melepasi paras tersebut untuk terus merekodkan paras tertinggi terbaru.

Penurunan harga pula dilihat akan disokong pada paras 0.73400 yang membentuk zon RBS (resistance become support) sebelum penurunan lebih rendah di bawah MA50 akan memberi isyarat awal perubahan trend bearish.

Seterusnya, harga akan menuju semula ke zon RBS 0.72500 yang menjadi paras rintangan pada minggu-minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat