Apa Cerita Saham Tesla Jatuh Ni?

2,291

Saham Tesla pada hari Jumaat dibuka lebih rendah selepas laporan terbaru dikeluarkan. Dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa pegawai di China akan melarang kenderaan Tesla kerana isu sekuriti.

Bloomberg melaporkan bahawa larangan itu akan mula digunapakai pada minggu ini kerana kebimbangan terhadap data yang berpotensi sensitif datang dari kamera kenderaan, dimana ia akan dikumpulkan dan di simpan dalam server Tesla.

Selepas larangan itu dikeluarkan, laporan susulan melaporkan bahawa syarikat pesaing yang berpangkalan di China, Geely sedang membuat persiapan untuk melancarkan rangkaian kenderaaan EV yang boleh mencabar syarikat pesaing.

Tesla dilaporkan menjual 18,318 kereta buatan China pada bulan Februari. Penjualan Tesla di China adalah sekitar seperlima dari keseluruhan keseluruhannya pada tahun 2020.

Saham Tesla dicatatkan 0.6% lebih rendah semasa pasaran saham dibuka pada hari Jumaat. Setakat ini saham Tesla telah jatuh lebih dari 27.8% sejak ia mencapai paras tertinggi harian pada harga $900.40 sesaham pada 25 Januari.

Penganalisis berpendapat bahawa saham Tesla setakat ini sensitif terhadap kenaikan kadar faedah dan prospek saham Tesla juga bergantung kepada bekalan semikonduktur.

Kekurangan bekalan berkemungkinan akan membawa masalah besar kepada Tesla, kata penganalisis. Walaubagaimanapun, jika kekurangan bekalan dapat di atasi di tengah penularan Covid-19 ini maka ia berkemungkinan akan membawa aliran positif kepada Tesla.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat