Apa Cerita Zoom Sekarang?

465

Sebelum ini, dunia kecoh dengan isu kebocoran maklumat peribadi para pengguna Zoom sehingga ramai yang memutuskan untuk memboikot aplikasi berkenaan bagi mengambil langkah berjaga-jaga. Namun, isu berkenaan berjaya ditangani oleh syarikat itu dan kembali digunakan seperti biasa dengan penambahbaikan yang dilakukan.

Terkini, saham Zoom mencatatkan penurunan lebih daripada 8% setelah perdagangan dibuka pada hari Rabu, kerana pelabur kemungkinan mengambil keuntungan mereka dari lonjakan saham pada hari Selasa.

Hal ini demikian kerana saham syarikat perisian konferensi video itu telah melonjak 41% pada hari Selasa setelah mengemukakan laporan pendapatan suku kedua fiskal yang di luar jangkaan. Syarikat itu melaporkan bahawa pendapatannya meningkat berlipat kali ganda pada suku tersebut.

Syarikat yang mula dikenali pada April 2019 itu masih memiliki market cap sekitar $ 118 bilion berbanding $ 25 bilion pada tahun lalu.

Populariti Zoom meningkat tatkala penularan wabak COVID-19, kerana majikan dan pendidik beralih ke arah perisian itu untuk menggantikan mesyuarat dan sesi pembelajaran secara langsung.

Zoom dikhabarkan memiliki sekitar 148.4 juta pengguna aktif bulanan pada suku itu, dengan merekodkan peningkatan sebanyak 4,700% dari tahun ke tahun. Selain itu, Zoom kini berada di antara syarikat teknologi Amerika Syarikat yang paling terkemuka, dengan market cap yang lebih tinggi daripada IBM dan VMware.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat