Apa Dah Berlaku? Matawang Euro Terus Bergelut Dalam Pasaran

525

Matawang Euro merosot lebih daripada 1% berbanding US dolar pada hari Isnin dan ini merupakan hari ketiga Euro catat kerugian terbesar berturut-turut dalam 2 tahun berikutan lonjakan dalam harga minyak terus melambung tinggi. Lonjakan harga minyak ini telah mencetuskan kebimbangan kejutan stagflasi yang boleh menjejaskan harapan pemulihan Eropah.

Konflik di Ukraine dan sekatan antarabangsa yang ketat ke atas Moscow telah menyebabkan aset Rusia jatuh, manakala harga eksport negara seperti logam berharga, minyak dan gas telah melonjak di tengah tekanan inflasi.

Eropah adalah negara yang paling terdedah kerana mengimport sebanyak 40% daripada gas aslinya dari Rusia dan matawang Euro telah menjadi semakin dikaitkan dengan harga minyak. Kata lain, semakin tinggi harga minyak, semakin terkesan matawang euro kerana pelabur bimbang tentang inflasi yang lebih tinggi dan tamparan kepada ekonomi.

Dalam dagangan London yang tidak menentu, matawang euro susut lebih daripada 1% kepada $1.0806, paras terendah Mei 2020. Secara kumulatif, mata wang Euro itu telah susut hampir 3% berbanding US dolar dalam tiga sesi dagangan terakhir, penyusutan terbesar sejak wabak itu melanda pasaran pada Mac 2020.

Harga minyak melonjak semula pada hari Isnin kerana risiko larangan AS dan Eropah terhadap produk Rusia dan kelewatan dalam rundingan Iran lantas menyebabkan harga melonjak ke paras tertinggi sejak 2008.

Menurut Goldman Sachs, kejutan kenaikan minyak $20 yang berterusan akan menurunkan pertumbuhan ekonomi sebenar di kawasan Eropah sebanyak 0.6% dan sebanyak 0.3% di Amerika Syarikat. Senario yang lebih buruk boleh jika penghantaran gas Rusia melalui Ukraine disekat, maka KDNK kawasan eropah boleh jatuh sebanyak 1% disebabkan faktor minyak gas sahaja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat