Apa Dah Berlaku Pada Pasaran Kripto? Harga BTC Merundum Ke Paras $21K Dalam 1 Hari!

1,327

Had pasaran kripto turun lebih $100 bilion dalam dua hari lalu apabila BTC dan semua altcoin jatuh ke paras terendah mingguan baharu.

Penurunan harga berlaku sejak semalaman lagi dan mula merosot lebih lanjut sejat petang tadi. Harga bitcoin telah jatuh ke paras terndah empat minggu di bawah $22,000. Nasib yang sama juga menimpa altcoin apabila ia didagangkan lebih rendah dan kebanyakkan jatuh melebih 2 angka peratuan. Ethereum disisi lain, hanya sedikit terkesan dengan kejatuhan 8.29% kepada paras dagangan $1,701.

Hanya beberapa hari yang lalu, BTC baru sahaja didagangkan pada harga yang meningkat tinggi sehingga kembali mensuburkan harapan pasaran. Ia telah mula kembali didagangkan pada paras $25,000 namun sayangnya tidak kekal lama dan jatuh lebih lanjut.

BTC tidak dapat melepasi paras rintangan, dimana ia telah mencuba berkali-kali namun gagal. Pada hari ini BTC telah kehilangan hampir $3,000 dari paras rintangan. Semasa penulisan, harga BTC didagangkan pada $21,454.90.

Ethereum adalah antara yang berprestasi terbaik baru-baru ini, setelah mencatatkan paras tertinggi 74 hari melebihi $2,050 pada hujung minggu. Ia terus jatuh sejak capai paras harga itu dan kini sedang cuba kekal melebihi $1,700, bermakna ia telah kehilangan lebih $300 dalam masa kurang dari seminggu.

Binance Coin, Ripple dan Tron turun sehingga 9% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Kerugian yang lebih besar dapat dilihat daripada Cardano, Solana, Dogecoin, Polkadot, Shiba Inu, Avalanche dan Polygon yang jatuh dua digit.

Chicago Mercantile Exchange berkata ia merancang untuk melancarkan ETH opsyen sebelum penggabungan selesai. Penganalisis JPMorgan mendakwa bahawa Coinbase boleh mendapat manfaat dengan ketara daripada membenarkan pelabur institusi mempertaruhkan ETH.

Tether pula telah mengupah juruaudit baharu dan berjanji untuk menyampaikan laporan lebih kerap mengenai rizabnya. HUSD menjadi stablecoin terbaharu yang kehilangan paritinya dengan dolar, tetapi Huobi berkata mereka berundur daripada projek itu beberapa bulan lalu.

 

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat