Apa Dah Berlaku Pada Shiba Inu? Ini 3 Faktor Harus Diberi Perhatian!

5,114

Selepas harga Shiba Inu (SHIB) menunjukkan lonjakkan yang besar, harga aset kripto itu akhirnya menjunam daripada paras tertinggi semasa iaitu $0.000086 yang dicapai pada 29 Oktober lepas.

Pada hari semalam harga SHIB telah merosot ke paras terendah harian $0.00004312 di bursa Binance dan kemudian mula kembali catat pemulihan sehingga ke paras dagangan $0.00005183 semasa penulisan.

Harus dimaklumkan antara faktor pertama yang mendorong kejatuhan harga adalah faktor umum iaitu pembetulan pasaran dimana bukan sahaja harga Shiba Inu yang merosot namun hal yang sama menimpa aset kripto lain.

Bitcoin (BTC) juga didagangkan menghampiri paras terendah harian dan sedang bergelut untuk mengekalkan paras dagangan $60,000

Kedua ialah harapan komuniti Shiba Inu yang mengharapkan beberapa platform perdagangan seperti Robinhood dan Kraken untuk mendagangkan SHIB mula memberi petunjuk yang kurang memuaskan.

Robinhood sehingga kini masih belum memberi tindak balas terhadap khabar angin tersebut. Disisi lain, Kraken seolah-olah tidak serius dalam cuba untuk menyenaraikan SHIB di Kraken.

Ketiga ialah para pemegang SHIB mula mengambil keuntungan. Yang menambahkan buruk keadaan ialah kelompok Whales juga mula memindahkan SHIB mereka ke bursa kripto. Menguatkan lagi kenyataan, Coinbase mendedahkan bahawa purata masa memegang SHIB hanyalah 11 hari. Ini memberi indikasi bahawa belum ada mentaliti HOLD yang kuat dalam kalangan komuniti.

Walaupun pembetulan harga baru-baru ini, Shiba Inu masih meningkat 250% sepanjang bulan lalu

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat