Apa Dah Jadi Pada Yen? Merosot Ke Paras Terendah 24 Tahun Pada Hari Ini!

1,131

Matawang Yen, Jepun menjunam ke paras terendah sejak Oktober 1998 pada hari ini berbanding US dolar berikutan pendirian yang masih kurang jelas mengenai dasar monetari sangat longgar dari Bank of Japan (BoJ).

Matawang Yen susut 0.9% kepada paras terendah 24 tahun pada paras dagangan 136.330 setiap dolar, melanjutkan kerugian dimana ianya telah susut t lebih daripada 18% daripada nilainya berbanding US dolar pada tahun ini.

Menurut Kenneth Broux, pakar strategi FX di Societe Generale,”Arah aliran ini dijangka berterusan berikutan Bank of Japan (BoJ) masih berpegang pada prinsip dasar ultra-dovishnya”.

Mata wang itu kehilangan lebih banyak kedudukan selepas Bank of Japan pada hari Jumaat membungkam sebarang jangkaan tentang perubahan dalam dasar dan memberi indikasi mengenai komitmen BoJ untuk kekal dengan dasar monetari yang sangat mudah.

Sebaliknya BoJ telah meningkatkan pembelian bon untuk memegang hasil 10 tahun dalam julat 0%-0.25%. Walaupun dengan langkah tersebut, hasil bon kekal pada sasaran itu. Terdahulu pada hari Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida telah memberi lampu hijau untuk menjual yen apabila beliau berkata BoJ harus mengekalkan dasar monetarinya yang sangat longgar. Beliau menepis gesaan supaya dasar itu diubah suai bagi menyasarkan peningkatan kos sara hidup.

Yen telah kehilangan lebih banyak daripada mana-mana mata wang utama lain berbanding US dolar kerana pendirian dasar dovish BOJ sangat berbeza dengan sikap hawkish yang di ambil dalam kalangan penggubal dasar global.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan rendah 0.16% kepada paras dagangan 104.095.

Setiausaha Perbendaharaan A.S. Janet Yellen pada hari Selasa dijangka akan mengumumkan pelantikan Marilynn Malerba sebagai Bendahari A.S.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat