Apa Dah Jadi? UK Ikut Serta Negara-Negara Besar Bersatu Lawan China!

1,560

Dalam forum ekonomi Dunia pada hari Jumaat, menteri perdagangan UK, Liz Truss dijangka akan mengeluarkan kenyataan bahawa Britain akan memberi sokongan dan sedia bekerja sama dengan Kesatuan Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat dalam menghalangi tindakan tidak adil oleh syarikat milik negara China.

Truss yang merupakan orang kuat yang bertanggungjawab membina hubungan perdagangan baru setelah Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Berdasarkan laporan awal, beliau dijangka pada hari ini akan kembali mengulangi seruan beliau bahawa sebarang tindakan tidak bertika dan zalim dalam perdagangan harus dihapuskan.

Kata Truss dalam petikan awal ucapan beliau, kami menginginkan mereka yang mengamalkan tindakan tidak beretika agar diadili dan diambil tindakan kerana mereka telah membuat kerusakan dalam perdagangan bebas. Justeru, peraturan baru harus diwujudkan agar amalan perdagangan berjalan dengan lancar.

Hubungan antara Britain dan China telah mereda sejak beberapa tahun kebalakangan ini dan China telah banyak melabur dalam infrastruktur Britain bermula dari tahun 2015 sehinggalah kepada tahun 2020 yang menjadi kemuncak perseteruan dimana UK telah melarang syarikat telkomunikasi Huawei. UK juga telah mengetatkan peraturan FDI kerana khuatir masalah keselamatan negara.

Setelah keluar dari kesatuan politik dan ekonomi EU, UK bertekad untuk memainkan peranan dan meletakkan mereka dalam posisi sebagai pendukung perdagangan bebas.

Britain dijangka akan segera mengemukakan permohonan rasmi untuk bergabung dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik yang melibatkan 11 negara Pasifik termasuk Jepun, Kanada dan Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat