Apa Dah Jadi – US Dolar Buat ‘Comeback’!

1,101

US dolar mengukuh pada hari Jumaat meneruskan pengukuhan setalah data pendaptan dan perbelanjaan peribadi A.S. catat prestasi yang baik dan pemain pasaran juga mula mengambil keuntungan.

Indeks US dolar telah susut sebanyak 2.4% pada bulan April dan merupakan antara prestasi terburuk bulanan sejak Julai 2020.

Laporan data menunjukkan peningkatan 4.2% dalam perbelanjaan pengguna A.S. pada bulan Mac, di tengah lonjakan pendapatan 21.1% kerana isi rumah menerima wang bantuan COVID-19.Hal tersebut mendorong kepada kenaikan 0.4% dalam indeks perbelanjaan penggunaan peribadi.

Disisi lain, pengerusi the Fed Fed Jerome Powell tetap dengan pendirian mengenai kadar faedah dan dasar pelonggaran kewangan pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan pemain pasaran tidak senang duduk mengenai prospek inflasi.

Selain itu prestasi US dolar turut didorong oleh data Purchasing Management Index (PMI) menunjukkan pembacaan yang baik bagi bulan April yang catat bacaan 72.1, iaitu bacaan tertinggi dalam hampir empat dekad.

Selepas mesyuarat dasar the Fed pada hari Khamis, Powell mengiktiraf bahawa ekonomi A.S semakin berkembang namun belum menunjukkan bukti yang cukup untuk melakukan perubahan dasar. Hal ini berbeza dengan Bank Pusat Kanada yang mengambil lanngkah untuk mengurangkan pembelian aset.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain kukuh sebanyak 0.73% kepada paras tukaran 91.257 setakat jam 11.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat