Apa Dah Jadi – US Dolar Kembali Dapatkan Momentum?

763

US dolar melonjak ke paras tertinggi sejak Julai 2020 berbanding matawang utama pada hari ini berikutan dipengaruhi oleh tingkah laku the Fed dan spekulasi bahawa the Fed akan menaikkan kadar faedah dengan kadar yang lebih pada bulan-bulan akan datang.

Hampir sehari selepas the Fed menyatakan kesediaan untuk mula menaikkan kadar pada Mac bagi membendung inflasi, pasaran matawang memberi reaksi terhadap kenyataan ini.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh 0.80% pada paras dagangan 97.275

The Fed pada hari awal pagi hari Khamis menunjukkan ia berkemungkinan untuk menaikkan kadar pada bulan Mac, seperti yang dijangkakan secara meluas, dan mengesahkan semula rancangan untuk menamatkan pembelian bonnya pada bulan yang sama sebelum mengurangkan pegangan asetnya dengan ketara.

Dalam sidang akhbar susulan, Pengerusi Jerome Powell menegaskan bahawa tiada keputusan telah dibuat, tetapi sebagai jawapan kepada soalan sama ada bank pusat akan mempertimbangkan kenaikan 50 mata asas, beliau tidak menolak kemungkinannya.

Disisi lain, Jabatan Perdagangan melaporkan bahawa ekonomi U.S berkembang sebanyak 6.9% pada suku terakhir 2021.Secara keseluruhan pada tahun 2021, ekonomi US berkembang 5.7% setahun yang merupakan prestasi terbaik sejak 1984.

Menurut Jane Foley yang merupakan ketua strategi matawang di Rabobank, “Walaupun pasaran sudah mula mengantipasi kenaikan kadar faedah, pemain pasaran menganggap bahawa the Fed mungkin lebih sensitif terhadap pasaran ekuiti, namun sebenarnya tidak,”.

Disisi lain, Euro menyusut 0.75% berbanding US dolar kepada paras dagangan $1.1156, terendah sejak Jun 2020. Dolar AS juga mencecah paras tertingginya dalam lebih setahun berbanding dolar New Zealand. Hal yang sama juga berbanding dengan matawang Australia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat