Apa Fokus Utama Pasaran Matawang Hari Ini?

499

Permulaan dagangan sesi Asia menyaksikan dagangan dolar Aussie mendapat sokongan untuk meningkat ketika para pelabur menantikan mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) pada jam 11.30 pagi (waktu Malaysia).

Ketika penulisan dolar Aussie diniagakan stabil pada sekitar harga 0.7050, bangkit dari kerugian 1.5% yang dialaminya minggu lepas.

Peningkatan ini didorong oleh jangkaan pelabur yang mengharapkan sedikit tindakan daripada penggubal dasar RBA sebagai tindak balas kepada Federal Reserve (Fed) dan ekonomi semasa.

Bagaimanapun, dengan munculnya varian baharu Omicron, ia berkemungkinan dapat mematahkan hasrat RBA untuk memberi kenyataan yang hawkish mengenai dasar monetarinya.

Meneliti pergerakan raja matawang pula, indeks dolar kekal diniagakan stabil di sekitar harga 96.30 berbanding pesaing utamanya.

Pelabur kini menantikan data inflasi dari Amerika Syarikat dan China pada minggu ini, yang diyakini akan menguatkan lagi isyarat hawkish bank pusat AS untuk pengurangan rangsangan lebih pantas.

Sementara itu, matawang pound terus berlegar di sekitar paras terendah 11 bulan walaupun pada sesi Eropah semalam, ia dilihat sedikit meningkat.

Timbalan Gabenor Bank Pusat England (BOE), Ben Broadbent memberi amaran bahawa ketidakstabilan pasaran buruh akan meningkatkan tekanan terhadap inflasi, sekali gus mengembalikan semula harapan untuk menaikkan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat