Apa Gila, Gambar Batu Pun Boleh Dijual Pada RM13 Juta

1,113

Mungkin ini batu yang Sudin beli dalam Seniman Bujang Lapok beli tu kot? – Razdaniel speaker INTRADAY.my yang kepala batu.

Sebuah gambar batu keluaran EtherRock telah dijual pada tanda harga RM13 juta kerana gambar tersebut hanya ada 100 keping di dunia.

EtherRock merupakan sebuah gambar dalam bentuk JPEG yang menampilkan sebuah batu kartun yang dibina dan dijual dalam blockchain Ethereum. Oleh kerana hanya terdapat 100 unit sahaja gambar batu tersebut, harga jualannya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Menurut laman sesawang EtherRock, batu-batu maya tersebut tiada ‘tujuan’ selain daripada untuk dijual dan memberikan rasa bangga untuk menjadi salah seorang daripada 100 orang pemilik batu tersebut di dunia.

Umum mengetahui, tujuan utama orang sanggup berbelanja besar bagi membeli NFT adalah kerana ingin menjadi pemilik rasmi NFT tersebut kerana nama pembelian NFT akan terpapar secara sah sebgai pemilik.

Antara sebab ia boleh terjual dengan samgat mahal adalah kerana faktor supply dan demand.

Nak tahu apa sebab lain orang nak beli NFT? Nak tahu macam mana supply dan demand berfungsi? Teruskan menonton selanjutnya video di bawah.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat