Apa Intipati Perbualan Presiden AS Joe Biden Dan Presiden China Xi Jinping?

273

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan secara maya pada hari Selasa yang telah menyaksikan kedua-dua pemimpin itu berjanji untuk meningkatkan kerjasama.

Perbualan antara dua figura tersebut dilihat agak mesra, lebih-lebih apabila Presiden Xi Jinping menggelar Biden sebagai rakan lamanya.

Ia dilihat sebagai permulaan yang baik untuk perbincangan mengenai isu kritikal, memandangkan hubungan antara dua negara itu yang semakin merosot sejak pentadbiran bekas Presiden Donald Trump.

Walaupun begitu, tiada kejayaan besar yang dapat dicapai daripada pertemuan tersebut, di mana Biden telah membangkitkan kebimbangan AS mengenai hak asasi manusia, pencerobohan China terhadap Taiwan dan isu perdagangan.

Biden telah memberitahu Xi Jinping bahawa AS perlu melindungi pekerjaan dan industri mereka daripada amalan perdagangan dan ekonomi yang tidak adil. Beliau turut menekankan kepentingan perlindungan yang patut untuk memastikan persaingan tidak mencetuskan konflik dan memastikan talian telekomunikasi terbuka.

Sementara itu, rangkaian televisyen China melaporkan bahawa Xi Jinping menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Presiden Biden untuk membina kepentingan dan mengambil langkah aktif untuk menggerakkan hubungan dua negara ke arah yang positif.

Beliau juga menggariskan tiga prinsip untuk hubungan AS-China dalam era baharu, iaitu saling hormat-menghormati, kewujudan bersama secara aman dan kerjasama yang adil perlu diikuti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat