Apa Itu Bon? Ini Pelabur Perlu Faham

7,597

Menurut sumber daripada Bursa Malaysia, bon atau sukuk adalah sekuriti pendapatan tetap atau sekuriti hutang yang dikeluarkan oleh syarikat atau kerajaan (pengeluar) untuk mengumpul dana bagi memenuhi keperluan pembiayaan mereka.

Manakala bon yang dikeluarkan selaras dengan prinsip-prinsip Shariah dikenali sebagai sukuk.

Butiran bon merangkumi tarikh akhir pokok pinjaman perlu dibayar kepada pemilik bon dan biasanya mempunyai syarat-syarat untuk pembayaran faedah tetap atau berubah yang dibuat oleh peminjam.

Kerajaan dan syarikat kebiasaannya menggunakan bon untuk meminjam wang. Kerajaan perlu membiayai jalan raya, sekolah, empangan atau infrastruktur lain. Perbelanjaan perang juga memerlukan sesebuah kerajaan untuk mengumpul dana.

Begitu juga dengan syarikat. Syarikat akan sering melakukan pinjaman untuk mengembangkan perniagaan mereka, membeli hartanah dan peralatan, menjalankan projek, untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan atau melantik pekerja.

Masalah yang sering dihadapi oleh organisasi besar adalah mereka memerlukan lebih banyak wang daripada apa yang boleh diberikan oleh bank. Bon memberikan penyelesaikan dengan membenarkan banyak pelabur individu mengambil peranan sebagai pemberi pinjaman.

Pasaran hutang awam membenarkan ribuan pelabur meminjamkan sebahagian daripada modal yang diperlukan. Lebih-lebih lagi, pasaran membenarkan pemberi pinjaman menjual bon mereka kepada pelabur lain atau membeli bon daripada individu lain.

Bon sering disebut sebagai sekuriti pendapatan tetap dan merupakan salah satu daripada tiga kelas aset yang biasanya diketahui oleh pelabur, bersama-sama saham dan setara tunai.

Banyak bon kerajaan dan syarikat didagangkan secara awam. Ada juga yang didagangkan menerusi kaunter atau secara persendirian antara peminjam dan pemiutang.

Apabila syarikat atau entiti lain mahu mengumpul wang untuk membiayai projek baharu, mengekalkan operasi yang berterusan atau membiayai hutang sedia ada, mereka mungkin akan menawarkan bon secara terus kepada pelabur.

Peminjam mengeluarkan bon yang meliputi syarat pinjaman, bayaran faedah yang perlu dibuat dan pembayaran ketika tarikh matang bon.

Pembayaran faedah adalah sebahagian daripada pulangan yang diperoleh oleh pemegang bon kerana meminjamkan dana mereka kepada pemberi bon.

Kadar faedah yang menentukan pembayaran itu dikenali sebagai kadar kupon.

Harga asal kebanyakan bon biasanya ditetapkan pada paras yang sama, biasanya antara AS$100 atau AS$1,000 nilai muka setiap bon individu.

Harga pasaran sebenar bon bergantung kepada beberapa faktor seperti kualiti kredit pemberi bon, tempoh masa sehingga tarikh matang dan kadar kupon berbanding persekitaran kadar faedah umum ketika itu.

Nilai muka adalah amaun yang perlu dibayar semula kepada peminjam sebaik sahaja bon menjadi matang.

Sebilangan besar bon boleh dijual oleh pemegang bon semasa kepada pelabur lain selepas ditawarkan. Dalam erti kata lain, pelabur bon tidak perlu memegang bon sehingga tarikh matangnya.

Bon juga boleh dibeli semula oleh peminjam jika kadar faedah menurun atau kredit peminjam telah bertambah baik.

Terdapat empat jenis utama bon yang anda boleh beli iaitu bon kerajaan, bon perbandaran, bon korporat dan bon ‘high-yield’.

Bon kerajaan merupakan bon yang mempunyai risiko paling rendah serta dikelaskan sebagai pelaburan yang paling selamat kerana mempunyai kadar faedah yang sangat rendah berbanding pelaburan lain.

Terdapat juga segelintir kerajaan yang mengeluarkan bon kupon sifar. Bon berkenaan adalah bon yang dijual kepada pelabur pada harga diskaun berbanding nilai muka dan boleh ditebus pada nilai muka sewaktu tarikh matang.

Bagaimanapun, tiada sebarang bayaran faedah diberikan kepada pelabur.

Bon yang kedua adalah bon perbandaran. Bon ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau majlis perbandaran.

Majlis Perbandaran Pasir Gudang di Johor merupakan entiti pertama yang memperkenalkan bon perbandaran di negara ini pada 2004. Bon perbandaran mempunyai kelebihan hampir sama dengan bon kerajaan.

Bon yang ketiga adalah bon korporat. Seperti dijelaskan di atas, apabila syarikat-syarikat korporat memerlukan sejumlah dana untuk meneruskan operasi, maka mereka juga boleh mengeluarkan bon, dengan syarat mempunyai penarafan kredit yang baik.

Pulangan pelaburan dalam bon korporat mempunyai kadar faedah yang lebih rendah tetapi lebih tinggi berbanding bon kerajaan.

Bon yang terakhir adalah bon ‘high-yield’. Jika anda inginkan pulangan yang lebih tinggi berbanding pelaburan bon yang lain, ini merupakan bon yang sesuai. Kebiasaannya sesebuah entiti tersebut akan membayar premium yang tinggi kepada para pelabur.

Pelaburan bon jenis ini tidak akan memberikan jaminan pulangan pelaburan awal apabila sudah mencapai tempoh matang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat