Apa Itu ‘Decoy Effect’, Cara Tanda Harga Tipu Kita

590

Bagaimana tanda harga boleh ‘menipu’ pengguna untuk membeli barangan mahal?

Pada kali ini, penulis akan berkongsikan mengenai teknik ‘decoy effect’ dalam pemasaran.

Decoy effect merupakan strategi pemasaran yang hebat dalam perniagaan. Strategi ini seolah-olah mampu memukau para pembeli sewaktu sedang merancang untuk berjimat.

Secara tidak sedar, kebanyakan para pengguna telah termasuk dalam perangkap decoy effect.

Jadi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan decoy effect? Decoy effect adalah perubahan pemilihan antara dua pilihan setelah muncul pilihan ketiga.

Sudah faham? Jika masih tidak faham, teruskan pembacaan anda.

Ambil contoh begini. Kebiasaannya jika kita pergi menonton wayang, wajib membeli bertih jagung. Andaikan harga bertih jagung bersaiz kecil berharga RM3 manakala bersaiz besar adalah RM7.

Selalunya, jika ada dua pilihan seperti itu, para pengguna akan memilih bertih jagung bersaiz kecil tetapi sesebuah perniagaan itu mestilah hendak membuat keuntungan dan mahukan kita membeli bertih jagung bersaiz besar.

Apa yang dilakukan oleh syarikat itu? Mereka meletakkan pilihan ketiga iaitu bertih jagung bersaiz sederhana berharga RM6.50 sahaja untuk memancing para pengguna.

Para pengguna secara zahirnya akan mempertimbangkan untuk membeli bertih jagung bersaiz besar selepas melihat harga antara bertih jagung bersaiz besar dan sederhana tidak jauh berbeza. Situasi terbabit membuatkan barangan yang lebih mahal harganya nampak lebih berbaloi dan jimat untuk dibeli.

Makanya di sini, syarikat itu menggunakan popcorn bersaiz sederhana sebagai ‘decoy’ untuk menarik para pengguna membelinya.

Kita ambil lagi satu contoh. Bayangkan anda hendak membeli kereta. Anda mempunyai pilihan untuk membeli kereta yang berharga RM30,000 atau RM40,000.

Namun, kereta berharga RM30,000 itu tiada tempat duduk kulit manakala kereta berharga RM40,000 itu mempunyai tempat duduk kulit.

Selepas itu, jurujual pusat kereta itu datang kepada anda dan menawarkan kereta berharga RM50,000 namun dia memberitahu kereta berkenaan tidak mempunyai tempat duduk kulit.

Jadi, anda tahu apa maksudnya itu? Jurujual itu hendak memberitahu anda supaya membeli kereta berharga RM40,000 kerana mempunyai tempat duduk kulit sedangkan anda sebelum itu sangat berminat untuk membeli kereta berharga RM30,000.

Jurujual itu menggunakan kereta berharga RM50,000 itu sebagai ‘umpan’ supaya anda terpengaruh.

Anda tentunya pernah mengalami situasi seperti di atas terutamanya di pusat membeli-belah atau laman e-dagang. Paling penting, tentukan bajet anda sebelum berbelanja.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat