Apa Itu EOS (EOS)?

2,155

Dalam CoinMarketCap, EOS berada di kedudukan ke-27 sebelum PancakeSwap (CAKE) dan selepas IOTA (MIOTA).

EOS merupakan sistem desentralisasi berasaskan blockchain yang mana membolehkan perkembangan hosting dan pelaksanaan aplikasi  desentralisasi (dApps) skala komersial di platformnya.

Dilancarkan pada 2018, EOS berjaya mencatatkan rekod penawaran syiling permulaan (initial coin offering, ICO) tertinggi dalam sejarah pada lebih $4.1 bilion.

Penubuhannya menfokuskan kepada fleksibiliti pembangunan dan skalabiliti rangkaian. Tidak cukup dengan itu, EOS juga mesra pengguna dan mesra perniagaan bagi mereka yang berminat untuk membina dApps, sekaligus tampil sebagai pesaing kepada blockchain konvensional seperti Ethereum.

Antara ciri utama yang menarik perhatian termasuklah:

  • Delegated Proof-of-Stake (dPoS): EOS merupakan salah satu blockchain terawal yang menggunakan mekanisme Proof-of-Stake yang didelegasikan (dPoS)
  • Peruntukan sumber: Pengguna diberi tiga jenis sumber iaitu CPU, NET dan RAM. Melalui CPU dan NET, pengguna boleh staking EOS mereka dan mendapatkan ganjaran. Manakala RAM pula boleh didapati dari kontrak pintar EOS yang diserapkan oleh Bancor dan tampil sebagai market making/pricing contract.
  • Penyeliaan:mekanisme konsensus terpilih mengukuhkan keperluan penyeliaan. Di EOS, pemegang token, proxies, pembangun dApp, Block.one dan penghasil blok menyertai penyeliaan rangkaian tersebut.

Jumlah had bekalan token EOS tidak dinyatakan. Sebaliknya kadar inflasi tahunan 1% digunakan sebagai ganjaran kepada penghasil blok. Perubahan ini berkuatkuasa pada Februari 2020. Sebelum ini kadar inflasi EOS adalah 5%.

Jika anda tertarik dengan EOS, digalakkan untuk pelbagaikan lagi bacaan dan kaji ekosistem ini. EOS boleh dianggap salah satu projek selain NEO yang gagal mencapai sasaran walaupun sambutan sektor kripto pada 2020 dan 2021 sangat menggalakkan.

Malah EOS mencatatkan penyusutan sehingga 7.5% pada 1 Disember 2020, mengundang persoalan jika pasaran ekosistem ini masih relevan atau sebaliknya. Paling terbaru, rangkaian canary Polkadot, Kusama telah mengatasi kedudukan projek lama seperti TRON dan EOS.

Walaupun EOS agak tenggelam, ada juga berita baiknya. Pada awal April, platform pertukaran kripto yang berpangkalan di Australia, CoinJar telah menyenaraikan EOS untuk didagangkan termasuk beberapa koin lain seperti Aave, Algorand, Bancor Network Token dan banyak lagi.

Ketika penulisan, jumlah keseluruhan EOS ketika penulisan mencecah lebih 1 bilion dengan jumlah dagangan dalam 24 jam mencatat rekod lebih $6 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat