Apa Itu Nilai Pasaran Matawang Kripto (Market Cap)?

3,387

Market cap atau dalam Bahasa Melayu, dikenali sebagai permodalan pasaran atau nilai pasaran merupakan indikator yang menyukat dan merekod nilai pasaran matawang kripto.

Nilai pasaran ini juga digunakan untuk mengukur dominasi dan populariti bagi sesuatu matawang kripto. Semakin tinggi jumlah nilai pasarannya bagi matawang itu, lagi tinggi dominasinya dalam pasaran.

Contoh paling terdekat yang diketahui umum, Bitcoin (BTC) yang berada di kedudukan teratas, menjuarai carta dengan nilai pasaran semasa $854 bilion dan memiliki dominasi sebanyak 61.81%.

Bagaimana ia dikira? Begini:
Nilai pasaran = harga (darab) bekalan kitaran (circulating supply)

Anda boleh menyemak sendiri nilai pasaran semasa di CoinMarketCap dan meneliti populariti setiap matawang kripto yang ada di dunia. Di CoinMarketCap, semua harga yang tertera dikira berdasarkan purata harga di platform-platform pertukaran yang berbeza (contoh: Binance, Coinbase, OKex, KuCoin dan lain-lain).

Ingat ya pelabur, amat penting untuk anda memantau circulating supply (kitaran bekalan) bagi satu matawang itu memandangkan ia berubah setiap masa dan bukan hanya menfokuskan kepada total supply (jumlah bekalan) semata-mata.

Sebenarnya, nilai pasaran matawang kripto juga boleh dianggap lebih atau kurang mencerminkan populariti bagi satu coin untuk jangka masa yang panjang.

Misalnya, matawang kripto yang memiliki nilai pasaran yang tinggi dianggap sebagai pelaburan yang lebih selamat. Pelaburan terhadap matawang kripto dengan nilai pasaran yang tinggi merupakan strategi yang konservatif memandangkan matawang itu berpotensi tinggi dengan cirinya yang kurang volatile.

Namun, ia masih volatile jika dibandingkan dengan aset konvensional seperti saham.

Manakala, matawang kripto yang memiliki nilai pasaran yang sederhana tinggi lebih volatile tetapi masih memiliki ruang untuk terus berkembang berbanding matawang yang memiliki nilai pasaran yang lebih tinggi.

Matawang kripto dengan nilai pasaran yang rendah pula sangatlah volatile dan merupakan satu pelaburan yang berisiko tinggi memandang pelbagai faktor penting perlu diambil kira.

Misalnya, nilai pasaran sebagai metrik tidak banyak menyebut tentang jumlah dagangan sebenar bagi beberapa jam terbaru. Maka, adalah lebih baik untuk anda memeriksa jumlah dagangan dalam 24 jam di CoinMarketCap bagi matawang yang tersenarai di berbagai pertukaran sebelum membuat keputusan untuk membuat pelaburan.

Jadi, dengan mengetahui market cap, ia membantu anda membuat sasaran harga sesuatu aset tersebut.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat