Apa Itu Swipe (SXP)?

4,078

Swipe dilancarkan pada 2018 sebelum dimiliki Binance pada Jun 2020.

Berbeza dengan matawang kripto yang lain, Swipe agak unik kerana memiliki ciri sebagai sebuah perisian dan ekosistem wallet digital yang direka untuk membenarkan penggunanya menggunakan wang fiat atau kripto baik di dunia realiti atau maya.

Swipe menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk.

Antaranya kad debit Visa dan aplikasi DeFi multi-aset mampu menukarkan antara matawang kripto, fiat dan stablecoins secara pantas. Bagaimanapun, kad Visa Swipe hanya tersedia di Eropah dan bakal memasuki pasaran Amerika.

Apa itu SXP?

Token Swipe yang dikenali sebagai SXP sinonimnya adalah token utiliti yang ‘berkuasa’ di seluruh ekosistem Swipe. Terpulang kepada anda untuk guna atau simpan kerana kedua-duanya ada manfaat.

Pemilik token SXP berpeluang untuk mendapatkan kad eksklusif yang mana memiliki ganjaran seperti langganan Netflix atau Spotify, tiada caj transaksi luar negara dan tawaran diskaun bagi Starbucks, Uber, Apple Music dan Airbnb.

Perlu diingatkan, manfaat itu hanya ‘dibuka’ bergantung kepada pemilikan SXP semasa. Semakin banyak token SXP dikunci, semakin banyak ganjaran boleh dinikmati.

Maksimum bekalan SXP ialah dihadkan pada 300 juta. Namun, jumlah koin ini semakin mengecil dengan pembakaran koin, sekurang-kurangnya sehingga berbaki 100 juta.

Bekalan token ini juga berubah secara berkala:

  1. 600,000 SXP diperuntukkan untuk operasi firma setiap bulan
  2. 10,000,000 SXP tersedia setiap tahun untuk team dan pengasas Swipe
  3. 1,200,000 SXP sebagai ganjaran ekosistem, termasuk staking dan insentif lain bagi setiap bulan

Jumlah token ini akan terus meningkat sehingga mencapai paras maksimum. Namun jangan bimbang kerana melalui pembakaran koin, SXP secara tidak langsung adalah aset deflasi.

Swipe memiliki potensi untuk melompat lebih tinggi, lagi-lagi mereka memiliki banyak projek yang bakal dilancarkan.

Antara yang terdekat ialah pelancaran Initial DEX Offering (IDO) pada 12 Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat