Apa Jadi Pada Carta EUR/USD Selepas NFP Minggu Lalu?

143

Sesi Asia dan Eropah pada Isnin semalam mempamerkan pergerakan pasaran yang perlahan untuk pembukaan dagangan di awal minggu.

US dolar dilihat kekal menunggang momentum pengukuhan pada penutup minggu lalu ketika reaksi terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Pertambahan pekerjaan untuk bulan Mei melonjak tinggi dengan catatan 339,000 berbanding ramalan rendah pada 193,000.

Namun, pelabur perlu berhati-hati ekoran data purata gaji dan kadar pengangguran menunjukkan bacaan yang membimbangkan.

Sesi New York semalam kembali mencetus penyusutan US dolar setelah data tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS menunjukkan pengembangan yang semakin perlahan bagi bulan Mei.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan kejatuhan ketara pada penghujung minggu lalu dari paras ketinggian 1.07700.

Penurunan harga berterusan sehingga ke awal minggu semalam melepasi paras 1.07000 dan mencecah sekitar 1.06800.

Namun lonjakan berlaku di sesi New York ke sekitar 1.07200, namun pergerakan harga yang masih berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) kekal memberi isyarat pergerakan bearish.

Namun jika kenaikan pada hari ini diteruskan melepasi halangan MA50 tersebut dengan penyusutan US dolar berterusan, harga boleh mencapai semula ketinggian dicapai minggu lalu.

Seterusnya, sasaran akan terarah semula pada paras 1.08000 yang dijangka akan diuji sebelum harga menyambung kenaikan menuju pula zon tumpuan pada 1.09000 sebelum ini.

Namun jika lonjakan harga semalam hanya sementara dan harga menyambung penurunan semula, melepasi paras semalam pada 1.06800 akan mendorong penurunan menuju zon support terbaru pada 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat