Apa Jadi Pada Emas Di Saat-saat Kritikal Begini?

1,282

Harga emas susut pada Rabu ketika US dolar menguat setelah keputusan awal pilihan raya presiden AS menunjukkan persaingan yang lebih sengit daripada dijangkakan, dengan Donald Trump kini dilaporkan berjaya meraih kemenangan di beberapa negeri utama.

Memasuki sesi Eropah, logam berharga itu didagangkan di sekitar harga $1,890 per auns, susut dari paras tertinggi 2 minggu yang dicapainya pada pembukaan sesi Asia pada $1,916 per auns. Niaga hadapan emas pula susut pada $1,888 per auns (4.15 petang waktu Malaysia).

Dolar greenback meraih kekuatan untuk kembali meningkat daripada kejatuhan yang dialaminya pada Selasa, dengan menguat pada 94.00 berbanding kebanyakan matawang utama.

Dalam perkembangan terbaru mengenai hasil keputusan pilihan raya, calon Demokrat, Joe Biden dilihat masih mendahului undian dengan 238 kerusi berbanding 213 kerusi, setakat jam 4.40 pm.

Namun begitu, Trump telah berhasil mempertahankan kedudukannya di beberapa negeri utama (swing state), termasuk Ohio, Texas, Iowa dan Florida menyebabkan beliau yakin akan memenangi negeri utama yang lain. Sementara Biden pula berjaya meraih kemenangan di Arizona dan Minnesota.

Walau bagaimanapun, pelabur akan tetap berhati-hati dengan sebarang kemungkinan dalam keputusan pilihan raya yang akan dikeluarkan.

Dalam pada itu, menurut penganalisis, dagangan emas dijangka akan tetap meningkat tanpa mengira siapa yang akan memenangi pemilihan presiden kali ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat