Apa Jadi Pada Mata Wang Ketika ‘Market Crash’?

674

Mata wang apa yang kukuh apabila pasaran berisiko? Anda perlu tahu, tidak semua mata wang akan kukuh apabila pasaran dalam keadaan baik dan tidak semua mata wang akan susut nilainya ketika pasaran sedang berisiko.

Jadi, apabila sentimen pasaran berubah-ubah, mata wang manakah yang akan menjadi pilihan pelabur? Kita perlu faham sentimen pasaran terbahagi kepada dua.

Sentimen risk-on adalah keadaan ketika pasaran berada dalam keadaan baik dan positif. Sentimen risk-off pula berlaku sewaktu keadaan pasaran sedang berisiko.

Apabila sentimen risk-on, pelabur akan rasa lebih yakin, selamat dan optimis ke arah set pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi. Walaupun agak berisiko tetapi peluang keuntungan yang berganda seperti saham dan komoditi.

Mata wang apakah sebenarnya yang mengukuh ketika ini? Jawapannya adalah mata wang dolar Australia dan dolar New Zealand.

Dikenali sebagai mata wang komoditi, Australia terkenal dengan sektor perlombongan manakala New Zealand pula dikenali menerusi produk tenusu.

Dolar Aussie dan Kiwi ini menjadi pilihan kerana kadar faedah yang tinggi dan berpotensi untuk memberi pulangan yang tinggi kepada para pelabur.

Apabila sentimen pasaran berubah kepada berisiko atau risk-off, pelabur merasa takut, panik dan lebih berwaspada terhadap pelaburan mereka disebabkan ketidaktentuan yang melanda pasaran.

Pelabur akan menjual aset yang berisiko dan beralih kepada aset lebih selamat serta mempunyai pulangan yang rendah seperti emas dan bon.

Pada ketika ini, mata wang yang menjadi pilihan adalah yen Jepun (JPY) dan Swiss franc (CHF) kerana kadar faedahnya yang rendah sehingga dikenali sebagai ‘safe-haven currency’.

Namun ada satu mata wang yang istimewa dan dikategorikan sebagai safe-haven iaitu dolar AS. Kita akan dapat melihat tiga mata wang ini mengukuh ketika pasaran berisiko.

Tuntasnya, sentimen pasaran positif akan menyebabkan mata wang AUD dan NZD meningkat tetapi AUD, JPY serta CHF menurun.

Tetapi apabila pasaran berisiko, mata wang USD, JPY, CHF akan mengukuh manakala mata wang AUD, NZD menyusut.

Disebabkan itu, para pelabur perlu peka dengan perubahan sentimen dalam pasaran untuk memudahkan membuat keputusan dalam ‘trading’ dan pelaburan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat