Apa Jadi Pada Pasaran Menjelang Dagangan Hujung Minggu?

375

US dolar melanjutkan kenaikan lebih tinggi dengan sokongan daripada lonjakan data inflasi AS yang meningkatkan optimisme pasaran untuk Federal Reserve (Fed) mengetatkan polisinya.

Seperti sedia maklum, harga pengguna AS meningkat pada bulan lepas pada kadar tahunan terpantas sejak 1990 dan ini dilihat akan menggoyahkan pandangan Fed bahawa inflasi yang tinggi adalah sementara.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan meningkat pada sesi Asia, dengan harga menyentuh paras tertinggi sejak Julai 2020 pada 95.25 berbanding enam matawang utama lain.

Menjadi tumpuan pelabur seterusnya menjelang penutup dagangan hujung minggu adalah data sentimen pengguna AS pada sesi New York.

Dagangan euro pula terus memaparkan penurunan ke tahap terendah 16 bulan berbanding dolar greenback, di tengah ketiadaan pemangkin utama untuk menyokong matawang itu.

Sementara matawang pound pula semakin parah di tahap terendah terbaru sejak Disember 2020 disebabkan pengukuhan USD, selain turut terkesan dengan data ekonomi yang menyuramkan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK membungkam pada suku ketiga dengan pertumbuhan 1.3%, meleset dari jangkaan untuk meningkat 1.5% dan jatuh daripada bacaan yang dicatatkan sebelumnya.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand juga tergelincir lebih rendah ke paras terendah satu bulan disebabkan pengukuhan dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat