Apa Jadi Pada Pergerakan Bitcoin (BTC) Selepas KDNK AS?

170

“Harga BTC masih okay lagi, tak turun dan tak naik banyak juga”

Pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) turut menyaksikan pergerakan selepas terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada dijangkakan tetapi perlahan berbanding suku ketiga.

Ekonomi AS tanpa dijangka berkembang 2.9% pada suku keempat melebihi jangkaan untuk meningkat 2.6%, tetapi menurun daripada 3.2% yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Sedia maklum, pasaran kripto mahupun saham akan melihat momentum turun naik ketara sekiranya terdapat data-data penting yang dikeluarkan AS dan ini menjadi sebab para pelabur sentiasa memberi perhatian terhadap laporan tersebut.

Jika diperhatikan sebelum laporan KDNK, harga BTC diniagakan di atas paras $23,000 tetapi tergelincir semula selepas data tersebut dikeluarkan dan sehingga kini aset digital itu berlegar pada zon $22,686 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Pada isu berbeza, Senator Ted Cruz  berkata bahawa beliau rancang untuk melaksanakan pembayaran kripto di kawasan Capitol AS selain wujudkan peraturan mengenai aset digital yang mampu melindungi para pelabur daripada sebarang penipuan.  

Langkah tersebut didapati akan menggalakkan kedai cenderamata, mesin layan diri atau lain-lain perniagaan mengaplikasikan pembayaran digital secara global untuk membangunkan lagi ekonomi negara.

Diperjelaskan pada bulan November lalu, Cruz telah mendesak kebanyakan individu untuk menggunakan kripto seperti BTC sebagai sebahagian daripada bentuk pembayaran di Capital. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat