Apa Jadi Pada Raja Matawang Di Awal Minggu?

611

Bacaan data mengecewakan pada Jumaat nampaknya masih mempengaruhi dagangan US dolar pada awal minggu, yang memperlihatkan pergerakan perlahan ketika sesi Asia.

Setelah meraih sokongan daripada lonjakan hasil perbendaharaan AS 10 tahun susulan bacaan data inflasi memberangsangkan pada Rabu lalu, US dolar kembali susut selepas data jualan runcit AS tidak seperti yang diharapkan.

Jualan runcit AS tidak menunjukkan pertumbuhan pada bulan April, turun dari 10.7% yang dicatatkan sebelumnya. Sementara jualan teras jatuh sebanyak 0.8% daripada kenaikan 9.0% pada bulan sebelumnya.

Ini menyebabkan spekulasi pasaran untuk Federal Reserve (Fed) mengetatkan dasar monetarinya di tengah tekanan inflasi yang meningkat, semakin mereda.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan di sekitar 90.35, manakala hasil bon AS 10 tahun pula stabil pada 1.62%.

Sementara itu, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan sedikit susut menjelang penerbitan data jualan runcit dan pengeluaran perindustrian China bagi bulan April, yang mana kedua-duanya dijangka menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan berbanding yang direkodkan pada Mac.

Matawang pound kekal stabil di atas harga 1.4000 berbanding USD, ketika para pemimpin UK dan Ireland berusaha untuk menyelesaikan konflik mengenai Ireland Utara. Ketegangan yang berkaitan dengan Brexit dijangka akan terus membataskan pergerakan pound sterling.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat