Apa Jadi Pada US Dolar Selepas Melambung Tinggi?

734

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan US dolar dibuka sedikit rendah ketika pembukaan sesi Asia selepas ditutup tinggi pada hujung minggu berikutan data pekerjaan NFP yang optimis dan lonjakan dalam hasil perbendaharaan.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan sedikit susut pada 91.90.

Euro terus didagangkan rendah dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan berlangsung pada minggu ini.

Ekonomi AS telah menambah 379,000 pekerjaaan pada bulan Februari, lebih dua kali ganda dari jangkaan pasaran, sementara kadar pengangguran menyusut menjadi 6.2%.

Bacaan memberangsangkan ini menyokong pandangan para pembuat dasar Federal Reserve (Fed) yang mengatakan bahawa kenaikan hasil bon kerajaan AS baru-baru ini dilihat sebagai prospek ekonomi yang bertambah baik.

Penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun melonjak ke paras ketinggian terbaru satu tahun baru 1.626%, dan didagangkan pada 1.577% pada sesi awal sesi Asia.

Pada hujung minggu, Senat AS telah meluluskan pakej rangsangan bernilai $1.9 trilion, yang sebahagiannya merangkumi pembayaran langsung $1,400 dan kenaikan $300 setiap minggu untuk faedah pengangguran hingga September.

Sementara itu, dolar Aussie, kiwi dan loonie dilihat meraih kekuatan pada sesi Asia yang disokong oleh kenaikan harga komoditi. Harga minyak mentah dunia melonjak lebih tinggi selepas berlaku serangan di kemudahan minyak Arab Saudi pada hujung minggu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat