Apa Jadi Pada USD Menjelang Hujung Minggu?

874

US dolar melanjutkan penurunan lebih rendah pada pembukaan sesi Eropah ketika sentimen pasaran yang bertambah baik mendorong pelabur beralih kepada mata wang berisiko.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan suram pada sekitar harga 104.06.

Langkah untuk menyelamatkan First Republic Bank di Amerika Syarikat telah meningkatkan sentimen secara global yang mendorong lonjakan dalam dolar Aussie dan New Zealand.

Dolar Aussie dan kiwi melonjak 0.8% berbanding greenback, menyaksikan masing-masing didagangkan kukuh pada sekitar harga 0.6700 dan 0.6240.

Mata wang Eropah juga meningkat susulan pengumuman Credit Suisse yang mendapatkan pinjaman $54 bilion daripada Swiss National Bank (SNB).

Ini mendorong mata wang euro untuk meningkat, selain turut disokong oleh keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) yang menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Pound pula meneruskan kenaikan sederhananya di tengah-tengah ketiadaan data utama dari UK untuk merangsangkan pergerakan lebih agresif mata wang itu.

Mata wang yen pula kekal tinggi, menandakan kebimbangan pelabur masih belum terhapus sepenuhnya menyebabkan mereka terus berpegang pada aset safe-haven.

Pada sesi New York, data sentimen keyakinan pengguna Amerika Syarikat mungkin akan menjadi tumpuan pelabur seterusnya sebelum dagangan minggu ini ditutup.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat