Apa Jadi Pada USD Susulan Kejatuhan Parah Selepas NFP?

496

US dolar memaparkan kenaikan sederhana pada sesi Eropah, bangkit dari kejatuhan yang dicatatkan selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat diterbitkan Jumaat lalu.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan stabil pada sekitar harga 95.90 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pertambahan pekerjaan di AS meleset daripada jangkaan pada bulan Disember, membuatkan pasaran bimbang ia akan menjejaskan keputusan Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah.

Namun, pertumbuhan upah yang lebih kuat dan kadar pengangguran yang kekal menunjukkan penurunan, membuktikan pasaran pekerjaan di AS adalah kukuh.

Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada Pengerusi Fed, Jerome Powell yang akan memberi keterangan di hadapan Senat pada hari Selasa (sesi New York).

Dalam pada itu, mata wang pound kekal mengukuh di sekitar paras ketinggian terbaru untuk tahun ini, memperlihatkan harga mendekati paras 1.3600 berbanding US dolar.

Fokus utama pelabur mata wang pound pada minggu ini adalah penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk bulan November yang dijangka menunjukkan ekonomi kembali ke tahap pra-pandemik buat pertama kali.

Sementara itu, euro pula sedikit berubah, sedikit susut dari keuntungan yang diraih Jumaat lalu berikutan kelemahan US dolar dan inflasi Zon Eropah yang meningkat tinggi pada bulan lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat