Apa Jangkaan Pasaran Dari Ucapan Powell di Jackson Hole?

1,047

Ucapan Pengerusi Federal Reserve AS (Fed), Jerome Powell di simposium Jackson Hole sekali lagi menjadi tumpuan utama trader forex pada tahun ini.

Pada persidangan tahun lalu, Powell telah mengumumkan perubahan besar dalam polisi mereka yang membiarkan inflasi meningkat di atas sasaran bank pusat. Peristiwa tersebut telah menggegarkan pasaran kewangan dan memberi impak besar kepada matawang US dolar pada ketika itu.

Sebulan yang lalu, pelabur menjangkakan Fed akan memberikan perincian untuk mengurangkan pembelian bon di Jackson Hole tetapi varian Delta yang menular dengan cepat menyukarkan rancangan dasar bank pusat.

Di Amerika Syarikat, terdapat pemulihan pasaran buruh yang kuat dan inflasi meningkat, tetapi di sisi lain, penutupan dan sekatan baru di negara lain menimbulkan risiko terhadap pemulihan global.

Persoalan yang paling utama ketika ini adalah bila pengurangan akan bermula. Peningkatan saham yang berterusan adalah tanda bahawa pelabur berpendapat bahawa Fed akan menangguhkan pengumuman mengenai rancangan mereka sehingga September.

Ini disokong dengan data-data ekonomi yang menunjukkan kemerosotan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di seluruh dunia termasuk Australia, UK, Zon Eropah, China dan AS.

Varian Delta menimbulkan risiko pemulihan global dan beberapa pelabur percaya bahawa Fed boleh menunggu beberapa minggu lagi sebelum memberi isyarat pengurangan.

Bagaimanapun, dengan kesediaan sebahagian besar dari pembuat dasar Fed untuk melakukan pengurangan lebih cepat, tidak hairan sekiranya Powell tiba-tiba mengeluarkan kenyataan hawkish.

Jadi, apakah jangkaan anda dari ucapan Powell pada malam ini? Dovish atau hawkish?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat