Apa Jangkaan Pergerakan GBP/JPY Di Penghujung Minggu?

366

Data jualan runcit UK untuk bulan April diterbitkan pada awal pembukaan sesi Eropah menyaksikan lonjakan angka bacaan berbanding jangkaan penurunan.

Kadar jualan meningkat kepada 9.2% daripada 5.1% bulan sebelumnya dilihat akan menyokong kenaikan nilai Pound Sterling dalam pasaran. Namun, pelabur akan menantikan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang akan diterbitkan pada jam 4.30 petang waktu Malaysia.

Mari perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY.

Kenaikan harga pada minggu ini terhalang di paras rintangan 154.800 sebelum harga susut semula ke zon RBS (resistance become support) 153.600-153.900.

Namun kenaikan semula harga dilihat dari zon RBS tersebut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dengan jangkaan untuk menuju semula rintangan pada 154.800.

Mata wang Pound dilihat lebih mendominasi pergerakan harga berbanding Yen Jepun yang memberi reaksi terhadap sentimen pasaran yang kurang menentu.

Jika bacaan data sektor ekonomi UK kekal memberangsangkan, harga boleh meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan 154.800 minggu ini.

Seterusnya, paras ketinggian pada 156.500 dilihat menjadi tumpuan kenaikan harga yang menjadi paras tertinggi pernah dicapai sejak Januari 2018.

Sebaliknya jika penurunan harga berlaku, zon RBS di bawah paras 154.00 diharapkan sebagai sokongan untuk harga daripada jatuh lebih rendah.

Jika situasi penurunan kekal diteruskan, harga bakal susut sehingga mencecah paras 152.00 pada zon RBS (resistance become support) tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat