Apa Jangkaan Untuk EUR/USD Selepas Catat Kenaikan 100 Pips Pada Awal Minggu?

1,058

Penyusutan semula dagangan US dolar dalam pasaran telah mendorong kenaikan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD pada sesi New York semalam.

Euro sebagai matawang anti-dolar berjaya mencatatkan kenaikan berbanding US dolar selepas Federal Reserve (Fed) mengumumkan pembelian bon korporat persendirian yang telah mencetuskan sentimen risk-off sekaligus melemahkan dagangan safe-haven termasuk US dolar.

Pengukuhan Euro turut disokong oleh perkembangan positif rundingan Brexit EU-UK yang berakhir dengan baik semalam walaupun tempoh peralihan Brexit tetap tidak berubah pada 31 Disember 2020 seperti yang diinginkan oleh UK.

Pada sesi Eropah hari ini, dagangan Euro akan dipengaruhi oleh data sentimen ekonomi ZEW Jerman selepas bacaan akhir inflasi di Jerman yang diterbitkan pada awal sesi kekal tidak berubah.

Pada dagangan semalam, harga pada carta EUR/USD telah membuat kenaikan sehingga 100 pips dari paras terendah sekitar 1.12300 ke paras sekitar 1.13300.

Menyambung dagangan pada Selasa, harga bergerak lebih tinggi namun mendatar dan dilihat sukar menembusi paras harga 1.13500.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, zon resistance pada ketinggian 1.14000 akan kembali diuji selepas gagal ditembusi pada dagangan minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi boleh mencapai sehingga paras 1.15000 jika momentum pengukuhan harga berjaya dikekalkan.

Sebaliknya jika penurunan harga berlaku, paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) akan diuji sebelum harga yang meneruskan penurunan akan menguji paras terendah harian semalam semula.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon RBS (resistance become support) pada sekitar paras 1.12000.

Pelabur juga akan berhati-hati menjelang data jualan runcit US yang diterbitkan pada sesi New York dan akan mempengaruhi matawang US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat