Apa Kata Christine Lagarde Mengenai Dasar Semasa ECB?

189

Bank Pusat Eropah (ECB) bersedia untuk melaksanakan lebih banyak rangsangan monetari untuk membantu pemulihan jika diperlukan ketika gelombang kedua wabak Covid-19 kembali melemahkan prospek ekonomi, menurut Presiden Christine Lagarde.

Ketika bercakap melalui sidang video dengan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan Monetari Parlimen Eropah pada Isnin, Lagarde memberitahu bahawa pemulihan di seluruh Zon Eropah tetap tidak lengkap, tidak pasti dan tidak sekata, sementara pengguna pula terus berhati-hati untuk berbelanja dan syarikat pula enggan melabur.

Kata Lagarde lagi kepada penggubal undang-undang Eropah, krisis kesihatan awam akan terus membebankan aktiviti ekonomi dan menimbulkan risiko negatif terhadap prospek ekonomi.

Kes jangkitan coronavirus yang melonjak, kembali membawa ancaman sekatan baru sehingga menjejaskan kemajuan ekonomi yang telah dibuat sejak penutupan pertama tahun ini menyebabkan rantau ini mengalami kemelesetan mendalam.

ECB mengatakan awal bulan ini bahawa pemulihan adalah selari dengan unjuran asasnya. Namun, beberapa tinjauan terbaru menunjukkan bahawa sementara sektor pembuatan bertambah baik, aktiviti perkhidmatan pula menyusut.

Salah satu impak yang paling membimbangkan pembuat dasar ECB, adalah kelemahan inflasi. Ini susulan kadar indeks harga pengguna (CPI) tahunan yang jatuh di bawah sifar pada bulan Ogos buat kali pertama dalam tempoh 4 tahun.

Lagarde memberitahu bahawa inflasi Eropah dijangka kekal negatif untuk beberapa bulan akan datang. Beliau juga mengakui bahawa kadar pertukaran matawang euro telah memberi impak kepada inflasi dan ekoran daripada itu, pembuat dasar ECB dikatakan akan memantau pergerakan euro.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat