Apa Kata Gabenor RBA Lowe Mengenai Ekonomi Semasa?

303

Menjadi tumpuan sesi Asia hari ini adalah ucapan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe yang berucap mengenai pasaran buruh dan dasar monetari di webinar yang dihoskan oleh Persatuan Ekonomi Australia.

Lowe memberitahu bahawa kadar pengangguran Australia perlu turun lebih jauh dan bertahan di tahap terendah 4% untuk mengangkat inflasi, hasil yang dijangka tidak akan berlaku sehingga 2024.

Belaiu juga mengatakan bahawa adalah sukar untuk menentukan bila sebenarnya pekerjaan penuh dapat dicapai, di mana kita dapat mengharapkan pertumbuhan dalam upah yang berterusan.

Walaupun sukar untuk ditentukan, tetapi kadar pengangguran perlu berada di tahap 4% secara berterusan supaya ekonomi Australia dianggap beroperasi dengan pekerjaan penuh, kata Lowe.

Kadar pengangguran semasa adalah pada tahap 5.1%.

Bagi membantu menyokong ekonomi, RBA telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras terendah 0.10% pada Selasa, dan menegaskan bahawa ia tidak akan menaikkan kadar sehingga mencapai objektif pekerjaan dan inflasi.

Ramalan RBA menunjukkan ekonomi Australia tidak akan dpaat mencapainya sehingga tahun 2024.

Susulan ucapan Gabenor Lowe, dolar Aussie kekal didagangkan lebih rendah berbanding matawang US dolar pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat