Apa Kes Emas Junam Teruk Ni?

1,558

Logam berharga emas meningkat lebih tinggi pada hari Isnin, dibantu oleh dagangan US dolar yang lemah menjelang mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.

Pada sesi Asia, emas diniagakan di sekitar harga $1,780 per auns, di bawah paras ketinggian dua bulan $1,797 yang dicapainya pada minggu lepas.

Kenaikan kecil dalam hasil bon AS 10 tahun dan US dolar pada Jumaat menyebabkan junaman ketara harga emas, setelah menyaksikan peningkatan dalam data ekonomi AS.

Data yang diterbitkan oleh IHS Markit mendedahkan pada hari Jumaat bahawa aktiviti perkilangan berkembang pada kadar tertinggi pada bulan April dengan meningkat kepada 60.6 dari 59.1 pada bulan Mac.

Selain itu, pasaran juga diperlihatkan dengan data penjualan rumah baru AS yang menunjukkan peningkatan ketara pada bulan Mac sebanyak 20.7%, berbanding jangkaan untuk kenaikan 12.8%.

Penurunan harga emas mungkin juga disebabkan pelabur yang mahu mengambil keuntungan sebelum penutup dagangan hujung minggu.

Bagaimanapun, peningkatan yang dicatatkan hasil bon AS tidak lama, memberi peluang buat dagangan emas untuk kembali meningkat pada sesi Asia hari ini.

Hal ini kerana, walaupun dengan peningkatan yang dicatatkan dalam data-data ekonomi AS, penganalisis tetap menjangkakan Federal Reserve (Fed) tidak akan melakukan perubahan dalam pelonggaran dasar monetarinya pada mesyuarat polisi FOMC minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat