Apa Kes Harga Emas Makin Naik Ni?

933

Dagangan emas bergerak lebih tinggi ke paras tertinggi dua minggu pada sesi Asia, di tengah penyusutan US dolar ketika para pelabur menantikan penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada hari Khamis.

Pada sesi Asia, logam berharga emas didagangkan meningkat di sekitar harga $1,797 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,798 per auns.

Pergerakan suram dolar greenback telah memberi peluang untuk dagangan emas meningkat lebih tinggi. Indeks dolar diniagakan susut di sekitar harga 92.16 berbanding kebanyakan matawang utama.

Walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi yang pesat, langah rangsangan yang berterusan dan tekanan inflasi yang melambung tinggi akan terus menyokong permintaan logam kuning sebagai lindung nilai kepada inflasi dan mempengaruhi pergerakan jangka pendek emas.

Bacaan data pekerjaan NFP yang lebih baik dari jangkaan pasaran sebelum ini, gagal mengujakan pelabur selepas melihat kadar pengangguran yang turut meningkat. Ini menunjukkan bahawa Fed mempunyai masa untuk tidak terburu-buru mengurangkan pembelian aset dan menaikkan kadar.

Bagaimanapun, pengeluaran laporan minit mesyuarat FOMC pada hari Khamis ini mungkin akan menawarkan petunjuk lebih jelas kepada pelabur mengenai jangkaan Fed baru-baru ini bahawa kenaikan kadar faedah akan berlaku pada tahun 2023.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat