Apa Kes Vietnam Nak Mengamuk Dekat Netflix & Apple?

412

Menteri Informasi Vietnam telah menunding jari kepada beberapa firma luar, Netflix dan Apple kerana dipercayai cuba mengelak daripada membayar cukai, menyatakan situasi itu akan menimbulkan persaingan berat sebelah bagi firma domestik.

Firma penstriman luar di negara itu secara keseluruhannya membawa keuntungan hampir satu trilion dong ($43.15juta) hasil daripada satu juta pelanggan, dilaporkan tidak pernah membayar cukai di Vietnam.

Vietnam telah memperkenalkan undang-undang sekuriti siber sejak dua tahun lalu yang mana menuntut semua perniagaan luar yang menjana keuntungan daripada aktiviti atas talian untuk menyimpan data di negara itu.

Bagaimanapun, Netflix masih belum ada perancangan untuk memasang rangkaian mereka secara tempatan atau membuka cawangan di Vietnam.

Dalam satu kenyataan pada bulan lepas, Netflix ada menjelaskan kerjasama bersama beberapa pihak berkuasa Vietnam bagi menyusun mekanisma untuk kutipan cukai.

Menterinya, Nguyen Manh Hung turut memberitahu kementerian informasi, kementerian kewangan dan jabatan percukaian sedang bekerjasama untuk melancarkan pengumpulan cukai dengan menghitung keseluruhan pendapatan firma penstriman luar di Vietnam sejak kemasukan mereka ke dalam pasaran.

Firma teknologi besar kini sedang berhadapan dengan rejim fiskal yang lebih ketat di Asia Tenggara ekoran daripada desakan pengawal selia untuk mengenakan lebih banyak cukai terhadap syarikat besar.

Saham Netflix ditutup hampir 2.1%, lebih tinggi pada $480.24 semalam manakala saham Apple ditutup 0.3% lebih rendah pada $115.97.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat