Apa Khabar Harga Emas Lepas Jatuh Rendah?

530

Emas kekal didagangkan di bawah tekanan pada hari Khamis selepas kejatuhan yang dicatatkan ekoran kenyataan hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan berlegar pada sekitar harga $1,812 per auns, manakalan niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,816 per auns.

Pada hari kedua pembentangan, Powell menegaskan semula kenyataannya mengenai kenaikan kadar lebih tinggi, tetapi menekankan perbincangan masih dijalankan dengan keputusan bergantung pada data yang akan dikeluarkan sebelum mesyuarat dua minggu lagi.

Terdahulu, ketua bank pusat Amerika Syarikat itu telah mengejutkan pasaran dengan mengatakan Fed perlu menaikkan kadar lebih tinggi dan lebih pantas yang membuka jangkaan kepada kenaikan 50 mata asas pada mesyuarat akan datang.

Impaknya, logam kuning emas junam mendadak ke paras terendah hampir 2 bulan sementara dolar greenback pula melonjak lebih tinggi ke paras terkuat 3 bulan.

Pelabur kini menantikan terbitan data pekerjaan NFP AS yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat bagi melihat sama ada ia bakal menyokong jangkaan bank pusat untuk meneruskan kenaikan kadar faedah.

Data pekerjaan ADP yang dikeluarkan pada sesi sebelum ini memperlihatkan pertambahan pekerjaan sektor swasta AS lebih kukuh daripada dijangkakan pada Februari.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat