Apa Nasib GBP/USD Menjelang Mesyuarat Polisi BOE Minggu Ini?

310

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada pembukaan pasaran November lebih mendatar selepas penurunan agresif harga pada penutup dagangan Oktober Jumaat lalu sekitar 130 pips.

US dolar dilihat memberi tekanan kepada Pound pada penghujung minggu lalu dengan data perbelanjaan pengguna mencatatkan bacaan positif namun kembali bergerak perlahan semula pada awal minggu menjelang mesyuarat FOMC dan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Sementara, pelabur semakin berwaspada terhadap dagangan Pound menjelang keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) selepas jangkaan untuk pengetatan polisi yang bakal dilaksanakan.

Selain itu juga, ketidaktentuan Brexit menjadi faktor semasa yang menggugat kestabilan mata wang Pound ekoran krisis perairan melibatkan UK dan Perancis baru-baru ini.

Setakat dagangan minggu lalu, harga pada carta GBP/USD telah susut dari zon rintangan 1.38300 sehingga ke paras 1.36500 sehingga Isnin semalam yang menjadi paras support semasa harga.

Gagal untuk tembus ke paras lebih rendah, harga menunjukkan peningkatan semalam dari support 1.36500 sekitar 50 pips kenaikan sebelum susut semula ke support tersebut sehingga bersambung pada dagangan awal sesi Asia pagi ini (Selasa).

Sekiranya pelabur terus hilang keyakinan terhadap Pound, harga berkemungkinan boleh susut lebih rendah di bawah support 1.36500 dan menuju ke support utama harga sebelum ini sekitar 1.35700.

Penurunan ke paras tersebut akan mencatatkan sekitar 80 pips pergerakan pada trend bearish di carta GBP/USD menjelang mesyuarat polisi BOE.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan dari zon 1.35600, zon SBR (support become resistance) sekitar 1.37200-1.37400 akan kembali diuji semula untuk memberi isyarat awal perubahan trend bullish.

Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga akan memberi petunjuk pergerakan menaik harga akan bermula sekiranya harga berjaya menembusinya.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan menuju semula ke paras ketinggian 1.38300 untuk harga menguji semula zon rintangan utama tersebut.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat