Apa Nasib Pasaran Minyak Mentah Dalam Sesi Ini?

54

Harga minyak mencatat keuntungan pada hari Isnin selepas pelabur mengalihkan tumpuan kepada pertarungan politik di Amerika Syarikat. Sementara itu, pelabur juga sedang mencari penjelasan mengenai usaha OPEC bagi membendung lebihan bekalan minyak mentah yang masih meninggalkan tanda tanya.

Di New York Merchantile Exchange, minyak mentah bagi penghantaran Disember melonjak sebanyak 1.07%. Disamping itu, Brent juga mencatat lonjakan kepada $45.98 setong.

Pilihanraya presiden dijangka akan mengganggu turun naik pasaran, sekali gus menjadikan pasaran minyak mentah agak tidak menentu hujung minggu ini. Selain pilihanraya presiden, tumpuan juga diberikan kepada laporan stok terkini pasaran minyak mentah yang bakal diumumkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa dan Pertubuhan Pengeksport Petroleum.

Minggu lepas, harga minyak jatuh mendadak selepas keraguan berterusan terhadap pembekuan bekalan yang terus menghantui pasaran.

Menurut sumber Reuters, harga minyak jatuh mendadak selepas Arab Saudi mengancam untuk meningkatkan pengeluaran minyak jika Iran enggan mengehadkan output. Tidak lama kemudian, Bloomberg News melaporkan bahawa Setiausaha Jeneral Arab Saudi menafikan ancaman tersebut.

Harga minyak kekal rendah selepas pembekal perkhidmatan medan minyak, Baker Hughes berkata bahawa bilangan pelantar minggu lalu meningkat sebanyak 9-450. Angka ini juga menunjukkan peningkatan selama empat bulan berturut-turut.

3 Isyarat Penting daripada Pengukuhan Data Pekerjaan Amerika Syarikat Jumaat Lalu! 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat