Apa Nasib Raja Matawang Ini Selepas Jangkaan Meleset NFP?

554

Kekecewaan terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat telah membenam dolar greenback jatuh mendadak berbanding pesaing utamanya sebagai tindak balas kepada hasil bon AS tahun turut merosot.

Bagaimanapun, US dolar dilihat meraih sedikit sokongan pada sesi Asia hari ini dengan didagangkan stabil berbanding kebanyakan matawang utama, disebabkan prestasi bercampur-campur yang dipaparkan dalam pasaran saham AS.

Indeks saham Dow Jones kehilangan 126 mata dan S&P 500 pula berakhir dengan sedikit berubah, sementara Nasdaq pula berjaya menutup hijau pada sesi dagangan hari Isnin.

Penciptaan pekerjaan pada bulan Mei malangnya, gagal memenuhi ramalan pasaran dengan hanya mencatatkan 559,000 pekerjaan berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 671,000.

Ini menyebabkan harapan pasaran untuk melihat perbincangan mengenai pengetatan dalam dasar monetari semasa pada mesyuarat polisi FOMC bulan Jun, semakin pudar.

Pasaran kini menantikan penerbitan data inflasi terbaru pada Khamis yang akan memberikan pertunjuk lebih lanjut mengenai langkah Federal Reserve (Fed) seterusnya.

Sementara itu, kejatuhan US dolar telah memberi peluang buat kebanyakan matawang utama untuk meningkat lebih tinggi, dengan matawang euro dan pound kembali bangkit dari tahap terendah mingguan mereka, di mana masing-masing didagangkan stabil di bawah 1.22000 dan 1.42000 berbanding USD.

Kenaikan dicatatkan oleh dolar Kanada pula agak terbatas kerana bacaan data pekerjaan Kanada menunjukkan penurunan tiga kali ganda lebih tinggi daripada dijangkakan dan kadar pengangguran juga meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat