Apa Nasib Yang Menanti USD Menjelang Sesi New York?

670

Pasaran kembali menyaksikan pengukuhan dolar greenback pada sesi Eropah, sementara matawang dolar Aussie merosot ke paras terendah satu minggu setelah dikecewakan oleh keputusan polisi Bank Pusat Australia (RBA).

Tumpuan pasaran kini beralih kepada Federal Reserve (Fed) AS yang akan memulakan mesyuarat polisinya pada hari Selasa selama dua hari dan dijangka akan mengumumkan permulaan pengurangan pembelian asetnya.

Selain itu, pasaran juga meletakkan harapan untuk kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) pada hari Khamis.

Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan sedikit meningkat pada 93.97 berbanding kebanyakan matawang utama lain.

Dolar Aussie menjunam lebih 0.47% susulan kenyataan dovish daripada Gabenor RBA Philip Lowe yang melihat inflasi masih rendah walaupun ia mengetepikan ramalan sebelum ini bahawa kadar faedah tidak akan dinaikkan sehingga 2024 dan menamatkan sasaran hasil bon April 2024.

Sementara dolar kiwi juga mencatatkan penyusutan berbanding USD, ketika tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan data pekerjaan New Zealand bagi suku ketiga pada awal pagi esok.

Matawang euro pula sedikit susut berikutan peningkatan semula yang dipaparkan oleh dolar greenback, dengan didagangkan sekitar harga 1.16000.

Di sisi lain, dolar Kanada turut diniagakan merosot berbanding US dolar walaupun dagangan minyak mentah dunia kembali menguat di sekitar paras ketinggian tahunan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat