Apa Pergerakan Matawang Semasa Menjelang Penerbitan Laporan NFP Malam Ini?

798

Sesi pasaran Asia menyaksikan dagangan US dolar diniagakan menghampiri paras ketinggian dua minggu berbanding safe-haven yen menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama pula diniagakan mengukuh pada 98.44.

Pengeluaran data oleh Jabatan Buruh A.S malam tadi memperlihatkan jumlah tuntutan faedah pekerjaan berkurang ke paras terendah dalam tempoh 9 bulan pada minggu lepas. Ini menunjukkan pasaran buruh kekal kukuh dan akan mengekalkan perkembangan ekonomi A.S.

Bacaan ini semestinya membawa harapan tinggi terhadap penerbitan laporan NFP malam ini, lebih-lebih lagi dengan peningkatan yang melebihi jangkaan pasaran dalam data pekerjaan ADP A.S yang diterbitkan pada Rabu.

Westpac menjangkakan peningkatan sebanyak 170,000 dalam laporan NFP dan kenaikan 0.3% dalam purata pendapatan per jam bagi bulan Januari, manakala Reuters pula mengunjurkan pertambahan sebanyak 160,000 pekerjaan.

Sementara itu, kebimbangan terhadap penyebaran coronavirus masih menjadi risiko kepada pasaran kewangan. Angka korban disebabkan wabak itu setakat ini telah mencatatkan 636 kematian, manakala bilangan kes jangkitan pula meningkat kepada 31,161 orang.

Matawang yuan China kembali meraih keuntungan pada minggu ini dengan kenaikan 0.35%, didorong oleh rangsangan Bank Pusat China (PBOC) dan pengurangan tarif import barangan A.S yang bernilai $75 bilion bermula 14 Februari.

Di Eropah, matawang pound sterling diniagakan ke paras terendah menghampiri enam minggu berbanding US dolar dan terus mencatat penurunan berbanding euro susulan laporan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan (NIESR) menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang terhad di UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat