Apa Reaksi Emas Susulan Data Inflasi AS Yang Semakin Mengganas?

1,044

Kejutan inflasi pengguna Amerika Syarikat yang semakin tidak dapat dibendung pada bulan Jun telah mendorong kebangkitan dalam dagangan emas.

Indeks harga pengguna (CPI) AS mengejutkan pasaran dengan melonjak 9.1% pada bulan lalu yang jauh melebihi jangkaan untuk meningkat 8.8% dan lebih tinggi daripada angka sebelumnya pada Mei iaitu 8.6%.

Reaksi awal emas melihatkan logam kuning itu merosot ke paras terendah 11 bulan pada $1,707 per auns sebaik sahaja data tersebut dikeluarkan.

Namun, logam kuning itu melantun semula lebih tinggi ke paras harga $1,745 per auns sebelum kembali stabil pada $1,728 per auns pada sesi dagangan Asia hari ini.

Ini menunjukkan permintaan terhadap emas sebagai lindung nilai inflasi masih kuat, tetapi dibataskan oleh jangkaan kenaikan kadar faedah lebih agresif oleh Federal Reserve (Fed).

Dengan pasaran pekerjaan AS yang kekal mengukuh pada bulan Jun, bacaan terbaharu inflasi ini menguatkan lagi keyakinan pasaran bahawa Fed akan meneruskan langkahnya untuk memerangi tekanan harga.

Pelabur kini tidak menolak kemungkinan bahawa Fed akan membuat kenaikan sebanyak 75 mata asas, atau mengikut jejak Bank of Canada (BOC) yang telah menaikkan kadar 100 mata asas pada mesyuarat polisinya semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat