Apa Reaksi EUR/USD Pada Pembukaan Pasaran Minggu Ini?

485

Matawang USD tampaknya sedikit tersungkur akibat penerbitan bacaan awal data tinjauan perbelanjaan yang mengukur kewangan semasa pengguna pada sesi New York (Jumaat) yang mengecewakan.

Namun, pengaruh berkenaan tidak dapat membantutkan penguasaan USD pada ketika ini yang terus memperluaskan pengukuhannya sebagai raja matawang susulan peningkatan kadar inflasi.

Pelabur kini menantikan pemangkin baharu mengenai ekonomi Amerika Syarikat (AS) iaitu data jualan runcit pada hari Selasa, selain turut menunggu langkah Federal Reserve (Fed) untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah.

Meninjau kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat bergerak secara mendatar dan perlahan pada penutup dagangan minggu lalu (Jumaat) untuk berlegar di paras 1.14500.

Pergerakan harga masih lagi didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk kekal dengan trend bearish.

Akan tetapi pada pembukaan dagangan minggu ini di sesi Asia (Isnin), harga tampaknya melonjak sedikit sekitar 20 pips dalam membuat percubaan untuk mengatasi paras MA50 tersebut.

Pelabur mungkin akan memerhatikan zon SBR (support become resistance) 1.15000 untuk dicapai semula jika harga mula memberi isyarat awal untuk pergerakan harga terus memapar lonjakan.

Manakala zon rintangan berikutnya bakal diperhatikan di zon SBR 1.16000 yang mana zon berkenaan dilihat seperti paras halangan yang paling kukuh untuk dilepasi pada dagangan November.

Sekiranya pergerakan harga berjaya untuk bertahan lama dalam mengekalkan momentum penurunan, zon sokongan pada 1.14000 kebarangkalian akan menjadi sasaran pelabur yang berikutnya.

Penurunan ke zon sokongan itu turut bakal memperlihatkan sekali lagi harga pada carta EUR/USD untuk mancatat paras terendah terbaharu bagi 2021 dan sejak daripada Julai 2020.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat