Apa Reaksi Mata wang Selepas Selesai Isu Siling Hutang?

629

Melangkah masuk ke sesi Eropah, US dolar dilihat kekal mempertahankan momentum pengukuhannya walaupun sedikit susut pada sesi terdahulu.

Dengan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih kukuh, dolar greenback terus menguat berbanding mata wang yen ke paras ketinggian baharu enam bulan.

Jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah pada mesyuarat Jun kembali meningkat selepas data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan pada bulan April.

Hasil bon 2 tahun dan 10 tahun AS melonjak ke paras tertinggi terbaru dua bulan dengan masing-masing kukuh pada sekitar tahap 4.64% dan 3.84% susulan data tersebut pada hari Jumaat.

Pasaran bon ditutup pada hari Isnin susulan cuti Hari Peringatan di Amerika Syarikat, tetapi niaga hadapan secara amnya stabil.

Pelabur kini menantikan reaksi pasaran mata wang yang lebih jelas susulan kesepakatan yang dicapai dalam isu siling hutang Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, disebabkan kebanyakan bank ditutup pada hari ini, pergerakan pasaran dijangka terbatas.

Selain AS, pasaran UK, Jerman, Switzerland dan Perancis juga ditutup sempena cuti umum pada hari ini.

Berbanding US dolar, euro bergerak mendatar pada sekitar paras terendah dua bulan, manakala pound pula sedikit susut pada paras terlemah satu bulan.

Dolar Aussie sedikit meningkat susulan sentimen yang bertambah baik, manakala dolar New Zealand pula mendatar dengan pergerakan harga masih lagi berlegar pada paras terendah enam bulan berbanding greenback.

Sementara itu, dolar Kanada juga memaparkan kenaikan tetapi harga masih tersekat pada sekitar paras terlemah satu bulan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat